CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Saturday, March 21, 2009

Mari Kita BerSama Menginsafi Diri..


Ingat Pesanku....
Ada kalanya kita memang patut fikir mudah dan ada kalanya kita patut fikir susah...
Segala-galanya mengikut kemampuan kita...


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 216)


Kehidupan kita di dunia ini tidak dapat dirasai kenikmatannya tanpa halangan,cabaran atau dugaan..

Sekiranya kita telah membuat yg terbaik,InsyaAllah keputusannya juga baik..Tetapi,jika dibuat seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja,maka seperti itu jugalah rupa keputusannya..

Jika dibicarakan tentang cinta,sebenarnya cinta ini agak sukar untuk dicapai..Mengapa?Kerana untuk kita mencintai orang lain,kita hendaklah mencintai diri sendiri dahulu..Dan apabila kita hendak mencintai diri kita sendiri,kita hendaklah mencintai pencipta kita,ALLAH dahulu..

Hidup kita seperti roda yang berpusing...Sekejap ada di atas,sekejap ada di bawah..Tanpa usaha,amat sukar untuk roda di bawah untuk naik ke atas...Begitu juga dengan roda di atas,amat mudah untuk turun jika tidak istiqamah dalam berusaha..Sebab itu,kita yg berada di atas ini sepatutnya membantu mereka yg di bawah agar kita sama-sama bangkit menegakkan syiar Allah ini...

Sahabat.....
Bukan sahaja di waktu suka..Duka juga...
Tempat bagi kita khasnya remaja meluahkan isi hati dan masalah..Untuk mendapatkan sahabat yg sejati,kita sendiri perlulah menjadi SAHABAT YG SEJATI...


Kekasih pilihan Allah akan mendapat dugaan yg amat berat sebagai tanda ALLAH SAYANG KEPADANYA..Tetapi,ingatlah bahawa Allah memberikan makhluknya dugaan bersesuaian dengan kesanggupannya...Bersesuaian dengan firman Allah:
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah : 216)


USahakanlah pahala walau sebesar manapun...Kerana setiap pahala itu tetap akan dihitung oleh Allah...


Dan akhir sekali saya memohon maaf sekiranya terdapat apa-apa tersilap kata atau sebagainya..Diharap,para pelayar laman ini dapat mengambil iktibar dan pengajaran disamping dapat diselitkan ilmu-ilmu tambahan untuk kita kongsikan bersama..

1 komen membina:

nz said...

semoga berjaya~